MUKADIMMAH RESTORAN MAT KILAU

Hi assalamualaikum semua!

Perkenalkan diri saya Muhammad Ideham atau lebih dikenali sebagai Bern. Saya orang yg bertanggungjawab untuk handle marketing RESTORAN MAT KILAU yg terletak betul-betul belakang HTAA, Kuantan.
nahhhh ni lah saya haha sorry feeling mixed blood sbb mata cekelat.. okay tak penting so abaikan ehekkk!

so nak cerita the idea of tertubuhnya Restoran Mat Kilau (RMK) bukannya Rancangan Mesia Ke-9 keh, adalah pada asalnya kami student praktikal di Petrofarm Engineering & Services Sdn Bhd yg terletaknya di Semambu Kuantan, bersetuju untuk membuat projek pembukaan Restoran atau francais disebabkan kami student praktikal ni dari bahagian pengurusan kesemuanya.

okay sebelum go deeper saya nak bagitahu siapa "kami" dalam cerita ni, kami tu saya si kacak Bern, Azfar dan Nadiah. saya dari kos Islamic Finance manakala Azfar dengan Nadiah dari kos Economics.

jap nak upload gambar kami tuuu




Nad mmg cemtu terkinja-kinja tak behave. dah pakai baju kurung pun tak behave. seperti biasa Azfar bergambar suka tutup mata.

okay now saya nak cerita pasal bos saya.. ada 3 orang bos:

paling kiri namanya Encik Faizal, di tengah tu Encik Nurazuwan dan paling kanan tu Encik Hanapi.. dorang ni semua bagi kepercayaan kat kami untuk buka restoran. mula-mula dorang tanya kami nak berbakti apa pada company. kami fikir kami dari management student so better kami buka fnb (food and beverage)

macam-macam kami lakukan, dari lesen premis sehingga selenggara restoran dan sampai hari pembukaan restoran.
tengok ha beriya saya cat lantai sebab nak nampak "hidup" restoran tu.

dah setting semua tiba hari pembukaan. sebelum tu 30/10 kami adakan bacaan yassin dan doa selamat serta solat hajat. tepat 1/11 kami buka restoran dengan membuat makan percuma dari jam 11 pagi sehingga 3 petang.

 berselera Encik Zam dan Encik Wan makan.

malam bacaan yassin dan solat hajat.

ni gambar masa hari pembukaan:
 ini ikan bakar yang orang beratur panjang sbb nak rasa ehek!
 tengok tu cust tunggu sanggup peluh2 sebab nak rasa.
 ini belum masuk waktu lunch lagi dah ramai.

 wow bos sendiri turun padang tolong bakar ikan. Encik Faizal tungkus lumus kat depan, kami tungkus lumus kat belakang. kalau zoom sikit nampak Encik Wan jadi cashier mase buka kedai.

 mase mula-mula buka dulu kami takde tukang masak lagi. so saya lah yang memasak. semua menu dari Johor sebab saya orang Johor. alhamdulillah orang Kuantan boleh terima makanan Johor.
ulam-ulam pun banyak tau!

okay setakat ni je mukadimmah next time saya buat entry pasal perjalanan kami sepanjang kendali restoran ni!

thanks sebab sudi membaca.

stay handsome and stay beautiful with RMK!



Comments

Post a Comment